Assalamualaikum...
Post kali ni kak maneh nak share siket tentang kebaikan minyak argan...sebabnya minyak argan merupakan bahan utama dalam produk Dyaa Beauty....
Antara Khasiat Minyak Argan :
- Menyembuhkan Penyakit Kulit
Di dalam minyak argan terdapat kandungan semula jadi triterpenoids yang memberikan kesan kesihatan yang luar biasa kepada kulit dan dapat membantutkan pertumbuhan ketuat, merawat beberapa jenis dermatis, memecahkan sel-sel kulit tumorous dan memudarkan parut. Selain itu, anti-oksidan dan asid lemak yang ditemui dalam minyak argan juga boleh membantu merawat jerawat ringan dan menyembuhkan parut jerawat.
- Mengurangkan Penuaan Pra-Matang
Minyak argan terdiri daripada 80% kandungan asid lemak which work wonders untuk memadamkan tanda-tanda penuaan pra-matang. Penggunaan minyak argan yang kerap telah terbukti untuk mengurangkan tahap kedutan, serta memudarkan tompok penuaan dengan mengambalikan keanjalan kulit dan meningkatkan kadar penjanaan semula sel-sel kulit yang sihat.
- Melindungi kulit daripada kerosakan
Minyak argan membantu melindungi kulit, rambut dan kuku daripad kerosakan yang disebabkan oleh sinaran UV. Gunakan minyak argan pada kulit yang rosak akibat sinaran UV sebenarnya boleh memudarkan sun sports dan menyembuhkan kulit kering akibat daripada pendedahan UV yang berlebihan dengan menggalakkan pertumbuhan semula sel-sel kulit yang sihat. So jangan risau ketiadaan SPF dalam glowing foundation sebab kandungan vitamin E minyak argan mampu bertindak melindungi kulit dari pigmentasi akibat cahaya matahari.
Dengan makan minyak argan sebagai diet anda boleh menurunkan tahap kolestrol. Ini kerana, dengan gabungan unik plant sterol yang ditemui dalam minyak argan, Schottenol dan Spinasterol sebenarnya akan menghalang penyerapan kolestrol tidak baik dari dalam saluran usus.
Flavonoids yang ada dalam minyak argan mempunyai ciri-ciri Anti-Radang yang kuat yang boleh digunakan untuk merawat kedua-dua masalah luaran dan dalaman. Untuk kelegaan sakit otot dan sendi, gunakan beberapa titis minyak argan pada kulit anda dan urutkannya. Kepada mereka yang mempunyai masalah Polycystic Ovarian Syndrome, berat badan berlebihan, masalah pencernaan dan masalah pundi kencing juga boleh mendapat manfaat yang besar daripada kebolehan anti-radang dalam minyak argan.
- Membantu Proses Penghadaman
Menambahkan minyak argan ke dalam makanan akan meningkatkaan kepekatan pepsin dalam jus gastrik badan, sekali gus meningkatkan proses pencernaan. Proses pencernaan yang baik bermaksud lebih tenaga, kurang rasa lapar, penurunan berat badan yang lebih baik dan menyihatkan badan anda.
Dyaa Beauty menjadikan minyak argan sebagai bahan utama adalah kerana kandungan Vitamin E nya yg tinggi yg mampu membantu merawat masalah kulit dan bertindak sebagai anti penuaan.
"MUDA BERSINAR DENGAN DYAA BEAUTY"